TENTANG MAK KUNTUM
Warisan Herba Tradisional . Kesihatan Semula Jadi
Mak Kuntum bermula dengan satu niat iaitu ingin berkongsi khasiat herba tempatan yang telah lama diamalkan secara turun-temurun. Kami percaya bahawa warisan herba tradisional bukan sahaja mempunyai nilai budaya, tetapi juga boleh menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan diri yang semula jadi dan menyenangkan.
Kami merupakan pengeluar dan pembekal bengkung terbesar di Malaysia serta barangan herba tradisional berkualiti tinggi yang dirumus khas daripada pilihan bahan semula jadi dan herba terpilih.
Setiap ramuan dipilih dengan teliti untuk membantu menyegarkan badan, mengurangkan rasa lenguh dan keletihan, serta memberikan pengalaman mandian yang menenangkan dan menyegarkan untuk tubuh dan minda.

